Followers

Tuesday, June 9, 2015

Tun M tak pernah berdebat walau dikritik - oleh: Faiz Zainudin


shabery cheek, najib, mahathir

Debat terbuka bukan menjadi budaya di negara ini kerana tidak pernah dipratikkan oleh kepemimpinan terdahulu.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengadakan debat terbuka sepanjang 22 tahun berkuasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Dr Mahathir tidak pernah memberi ruang perdebatan terbuka walaupun dikritik Tunku Abdul Rahman dan pembangkang.

“Semasa Dr Mahathir memerintah dulu pun, beliau tidak pernah berdebat dengan pembangkang atau bekas Perdana Menteri. Saya masih ingat ketika itu, Dr Mahathir sendiri dapat banyak kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

“Tetapi bukan secara tradisinya untuk kita buat debat terbuka,” katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.

Shabery berkata, tiada keperluan untuk menyiarkan secara langsung di televisyen debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Dr Mahathir.

Jumaat lalu, forum ‘Nothing 2 Hide’ yang sepatutnya dihadiri oleh Najib dan Dr Mahathir bagi menjawab isu 1MDB terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Shabery berkata, masih ada cara lain yang lebih baik boleh digunakan untuk memberi penjelasan isu berkenaan.

“Kalau saya ada berbeza pendapat dengan ayah saya misalnya, saya tidak akan bahas secara terbuka.
“Kita ada cara sebaik-sebaiknya iaitu cara anak beranak,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.