BN boleh menang dengan sokongan bawah 50%
Ketika hubungan PAS-DAP suram, seorang penganalisis meramalkan bahawa
pilihan raya umum akan datang boleh menyaksikan kecenderungan
pertembungan tiga penjuru, dengan BN
menang dengan sokongan kurang 50 peratus.
Pengarah pusat kajian Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata dalam keadaan pilihan raya Malaysia “yang bebas tetapi tidak adil", pembangkang perlu bekerja keras bagi memastikan perlawanan satu lawan satu.
"Memandangkan parti Islam itu memutuskan tidak bekerjasama dengan DAP dan menyebabkan pakatan pembangkang tidak berfungsi lagi, tiada lagi pakatan pembangkang yang berwibawa bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di pelbagai kerusi,” katanya.
Justeru, katanya, banyak kawasan berpotensi berlaku pertandingan tiga penjuru seperti di Sabah yang akhirnya menyaksikan BN menang bawah sokongan 50 peratus.
Ibrahim berkata pertembungan mungkin berlaku antara Umno, PAS, PKR atau parti lain.
Ibrahim berkata demikian dalam dalam persidangan dua hari berkaitan pilihan raya umum ke-13 di ibu negara hari ini.
PAS dalam muktamarnya baru-baru ini menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.