Followers

Wednesday, June 24, 2015

Siasatan terhadap Nazri Aziz selesai - Faiz Zainudin

 
igp

Pihak polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.


KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah siap dan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara.

Beliau berkata, pihaknya telah selesai merekodkan keterangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu kira-kira seminggu yang lalu.

Katanya, Nazri disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan  kerana mengeluarkan kenyataan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

“Kita habis merakam semua percakapan Nazri dan akan memajukan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bila-bila masa,” kata dalam sidang media sempena Pelancaran Filem Bukit Kepong versi digital definisi tinggi (HD) di Bukit Aman pada Selasa.

Mengulas tindakan adinda TMJ, Tunku Idris yang memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu yang membolehkan Johor terkeluar dari Malaysia, Khalid memberi amaran supaya isu tersebut tidak lagi di gembar-gemburkan oleh mana-mana pihak memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

“Saya tak mahu komen yang itu cukuplah, kita telah membuka kertas siasatan biarlah siasatan dijalankan.

“…Elok tidak ada sesiapa lagi memperbesarkan isu ini kerana ia perkara yang sensitif. Nampaknya dah reda, jangan ada pihak yang cuba hendak mengapi-apikan isu ini lagi,” tegas Khalid.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.