Followers

Wednesday, June 24, 2015

“Amoi pakai baju kurung sangat comel” FMT Reporters


amoi

Gambar beberapa gadis bukan Islam berbaju kurung dan berselendang berbuka puasa di masjid mendapat perhatian ramai.


PETALING JAYA: Gambar beberapa orang gadis bukan Melayu memakai selendang ketika menghadiri majlis di Masjid Al Falah Subang Jaya menarik perhatian ramai.

Walaupun tidak menutup aurat sepenuhnya, namun pengguna laman sosial memuji mereka kerana sekurang-kurangnya mematuhi adab berpakaian.

Wanita berkenaan adalah kakitangan dan pelatih di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Mereka menghadiri program pemberian peruntukan kepada masjid dan surau di Subang Jaya di Masjid Al Falah, USJ9, pada Isnin.

Keayuan gadis-gadis bukan Islam memakai selendang dan berbaju kurung itu sehinggakan ada pengguna yang membuat komen nakal bertujuan mengusik.

“Amoi pakai baju kurung sangat comel,” tulis Muhammad Harris Nasril.

“Cantik uols dengan selendang. Keep up the good work yb Hannah,” tulis Muhamad Amin Firdaus.
Menurut Hannah, sebanyak enam masjid menerima sumbangan Ramadan sebanyak RM2,000 setiap masjid manakala 18 surau menerima RM1,000.

“Peruntukan ini disediakan oleh pejabat saya yang kita sediakan setiap tahun,” tulisnya di Facebook.

Hannah Yeoh berkata, dia dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen turut mengadakan dialog dan berbuka bersama pengurusan masjid dan surau.

Di sebalik pujian itu, terdapat pengguna Facebook yang memperli Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof P Ramasamy yang sebelum ini mendakwa pemakaian sarong kepada bukan Islam adalah proses mengislamisasi.

Ramasamy dilaporkan berkata demikian apabila mengulas kejadian seorang wanita diminta memakai sarong kerana tidak mematuhi etika pakaian ketika berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju.

“Mana itu Ramasamy sama Satees Muniandy… Tak mahu biat aduan kepada Lembaga Disiplin DAP… Bukan kah ini satu proses Islamisasi…. Amacam??? Ada berani???,” tulis Izaharuddin.
“Teresa Kok pls help this amoi wakaka,” perli pemilik akaun Dell Vegas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.