Followers

Monday, June 22, 2015

Ridhuan Tee kritik A Samad Said sertai DAP FMT Reporters

 
riduan tee,samad said

Dia menasihatkan jika berpolitik pastikan wadah yang dipilih itu boleh membawa ke syurga.


PETALING JAYA: Penceramah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengkritik Sasterawan Negara, A Samad Said kerana menyertai DAP.

Beliau menasihatkan Samad atau dikenali Pak Samad supaya menyertai parti politik yang boleh membawa ke syurga.

“Hebat Melayu Ultra Kiasu ini sehingga tidak memilih parti UMNO atau Pas sebagai wadah.

“Nasihat saya, bila berpolitik (atau bekerja) pastikan wadah politik boleh membawa kita ke syurga,” tulisnya menerusi rencana di akhbar Sinar Harian.

Pak Samad baru-baru ini mengumumkan menyertai DAP dan sanggup menjadi ‘hamba’ parti itu dan tidak mahu sebarang jawatan mahupun dicalonkan wakil rakyat.

Ridhuan Tee turut mengkritik DAP yang bercadang menaja pembinaan  masjid di Kelantan.

Katanya, tindakan DAP itu merupakan sebahagian perang psikologi dan operasi psikologi oleh parti berkenaan yang dilabelnya dengan panggilan Utra Kiasu.

“Macamlah Kerajaan Kelantan begitu haprak sehingga tidak mampu untuk membina masjid di buminya sendiri,” tulisnya.

Katanya, tawaran membina masjid itu bukan kerana kerajaan Kelantan tidak mempunyai peruntukan tetapi pembinaan masjid mengikut keperluan bukan dibina sewenang-wenangnya.

Katanya, begitu juga dengan pembinaan Patung Buddha kedua terbesar di dunia di Kelantan, walaupun penganut Buddha hanya minoriti.

“Inilah tolenrasi umat Islam yang tidak ada di negara lain,” katanya.

Ridhuan Tee berkata, dia bersyukur Pakatan Rakyat sudah mati dan mengucap tahniah kepada Pas kerana berani membuat keputusan dan tidak lagi dibuli.

Katanya, tidak dinafikan memang sukar parti Melayu (UMNO dan Pas) untuk memerintah tanpa sokongan atau berpakat dengan bukan Islam.

“Sebab itu, UMNO perlukan BN, Pas perlukan PR. Namun, dalam soal prinsip kita tidak boleh bertolak ansur,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.