Followers

Monday, June 22, 2015

Lawatan kali kedua Obama ke Malaysia mencurigakan - Adam Abu Bakar

 

nik,obama

Malaysia perlu menarik diri daripada Pejanjian TTPA kerana berat sebelah, merobek kekayaan negara dan mencemar kedaulatan negara.

PETALING JAYA: Lawatan kali kedua Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke negara ini pada November depan amat mencurigakan, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, lawatan itu kemungkinan Obama mahu meraih sokongan Malaysia untuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang semakin lesu dan tidak mendapat sokongan Senat negara itu termasuk sokongan ahli Demokrat beliau sendiri.

“Mengapa tiba-tiba seorang Presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini?
“Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk TPPA yang semakin lama semakin lesu,” katanya dalam kenyataan media.

Nik Nazmi berkata, kerajaan Malaysia perlu menyatakan pendirian sama ada sanggup membenarkan Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat besar negara itu merobek kekayaan negara.

“Atau membuat keputusan yang betul dan mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara ini,” katanya.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor itu menyatakan kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian berkenaan yang sehingga sekarang masih dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan kesangsian dan seolah-olah mempunyai niat tersirat.

“TPPA merupakan satu perjanjian yang berat sebelah dan hanya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat transnasional besar Amerika, di samping menjejaskan kedaulatan negara-negara lain termasuklah Malaysia.

“Aspek lain yang turut terkesan dengan TPPA iaitu kesihatan awam dan kebebasan internet,” katanya.

Malah, katanya, Obama juga tidak mampu meyakinkan rakan-rakan parti Demokratnya untuk menyokong perjanjian itu walaupun Amerika Syarikat pasti menerima manfaat yang besar.

Katanya, disebabkan itu juga Malaysia sepatutnya sedar akan perkara itu dengan menarik diri daripada meneruskan rundingan.

“Pada bulan lepas, pentadbiran Obama gagal untuk mendapatkan sokongan Senat, terutamanya daripada golongan ahli parti Demokrat beliau sendiri bagi mendapatkan Kuasa ‘Fast-Track’ untuk berunding perihal TPPA.

“Bagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan juga Trade Promotion Authority, dengan majoriti tipis dan kini ia perlu mendapatkan semula kelulusan di Senat,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.