Followers

Monday, June 22, 2015

Mukhriz akui Tun M tidak pernah bantunya dalam politik - Faiz Zainudin

 
mukhriz mahathir

Menjadi anak bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun tidak menjamin laluan mudah kepada Mukhriz untuk diterima rakyat.

PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan beliau tidak pernah mendapat bantuan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terlibat dalam bidang politik.

Menteri Besar Kedah itu berkata, kejayaan yang dikecapi beliau adalah hasil usaha sendiri yang bermula dari bawah setelah beberapa kali kecundang dalam perjuangan politik UMNO.

Katanya, walaupun sebagai anak bekas Perdana Menteri ia langsung tidak menjamin bahawa peluangnya untuk diterima rakyat menjadi lebih mudah.

“Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah – kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

“Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di Bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO,” katanya dalam nukilan sempena hari Bapa di Facebook.


Dalam nukilan itu, Mukhriz berkata beliau tidak akan membenarkan ahli keluarganya terlibat dalam perniagaan di Kedah.

“Selepas saya dilantik Menteri Besar, saya mengumumkan pendirian tidak membenarkan kaum keluarga terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah,” katanya sebagai mengikut jejak langkah bapanya.

Katanya, sewaktu masih menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau perniagaan bagi mengelak timbulnya kekeliruan untuk beliau memilih keluarga atau rakyat.

Mukhriz menulis perbualannya dengan bapanya yang dipanggil ayah. Berikut petikan perbualan yang ditulis Mukhriz atau dipanggil Is oleh ahli keluarganya.

Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah.

“Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”


Saya jawab: “Boleh”.


Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”
Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”


“Bila nak berhenti?” tanya ayah.


“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.


“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.
 

“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.