Followers

Monday, June 22, 2015

Mahkamah Tinggi tolak permohonan semakan kehakiman Mkini Dotcom - FMT Reporters


najib,malaysiakini

Hakim Besar Malaya mempunyai kuasa mutlak untuk mengarahkan mana-mana hakim mendengar sesuatu kes di mahkamah mengikut Seksyen 20 Akta Mahkamah Kehakiman


PETALING JAYA: Permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Hakim Besar Malaya berhubung hakim yang mendengar kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Najib Razak oleh Mkini Dotcom Sdn Bhd ditolak Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Asmabi Mohamad, yang memutuskan bahawa Hakim Besar Malaya mempunyai kuasa mutlak untuk mengarahkan mana-mana hakim mendengar sesuatu kes di mahkamah mengikut Seksyen 20 Akta Mahkamah Kehakiman.

Sebelum ini, Mkini Dotcom memfailkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman dengan alasan Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said yang akan mendengar kes saman fitnah difailkan Najib terhadapnya sudah ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Seremban.

Dalam kes saman fitnah itu, Najib di atas kapasiti peribadi dan UMNO menyaman Mkini Dotcom dan dua lagi kerana memfitnahnya berhubung penyalahgunaan kuasa.

Menurut laporan yang dipetik daripada Berita Harian Online, Asmabi turut mengarahkan Mkini Dotcom membayar kos sebanyak RM5,000.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.