Followers

Monday, June 22, 2015

Logo UMNO diroboh sebab tiada permit FMT Reporters

  
umno-pulau-pinang-selar-rob

MBPP meminta UMNO tidak mempolitikkan isu ini kerana ia dibuat mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976

GEORGE TOWN: Pembinaan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister dibuat tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong menjelaskan sebelum tindakan meroboh dilakukan, pihaknya telah memberi arahan lisan.

“Saya telah menerima panggilan Khamis lepas yang mengadu wujud satu struktur haram di tempat itu. Pada Khamis petang saya pergi ke tempat itu dan mendapati memang ada satu struktur haram tanpa permit,” katanya pada sidang akhbar yang dipetik daripada Bernama.

Menurut Ong, dia telah memanggil Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu.

Bagaimanapun, keesokannya kami dapati struktur logo itu telah siap dinaikkan.

Pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu.

“Mereka (jabatan bangunan) ke sana untuk menurunkan struktur itu. Berlaku sedikit kekecohan di situ.

“Diharapkan pihak UMNO tidak mempolitikkan isu ini.Kami di pihak MBPP hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,” jelasnya.

Penguatkuasa MBPP pada Jumaat lepas cuba meroboh struktur tulisan UMNO di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister, namun berjaya dihalang anggota parti berkenaan.

Ong yang juga Anggota Jawatankuasa Tetap MBPP berkata sebarang pembinaan struktur di negeri ini perlu mendapat permit terlebih dahulu.

Katanya beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Datuk Bandar MBPP Datuk Patahiyah Ismail yang turut mengarahkan tindakan diambil mengikut prosedur undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.