Followers

Monday, June 22, 2015

Lewat tiba di mahkamah, peguam Anwar dakwa disabotaj FMT Reporters

 
jamil-khir-anwar

Peguam Anwar Ibrahim menuduh peguam Jamil Khir menggunakan taktik kotor dan cuba mensabotaj kes itu.

KUALA LUMPUR: Kes rayuan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Syariah yang sepatutnya didengar pada Isnin terpaksa ditangguhkan selepas peguamnya tiba lewat di mahkamah.

Peguam Anwar, Rafie Mohd Shafie hanya tiba di mahkamah sebelum jam 11 pagi sedangkan kes itu sepatutnya didengar jam 9 pagi.

Rafie mendakwa, peguam Datuk Seri Jamil Khir Baharom cuba mensabotaj kes itu kerana notis yang dihantar kepadanya menyatakan kes itu akan berlangsung jam 11 pagi.

“Ini surat yang kami terima, jadi kami hadir sebelum 11 pagi seperti yang terkandung dalam surat pemberitahuan ini,” katanya sambil menunjukkan surat pemberitahuan itu.

Seorang lagi peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman pula berkata, kelakuan peguam Jamil itu tidak beretika.

“Kita mahu kes ini didengar dan Anwar perlu diberi peluang untuk berhujah,” katanya.

Sebelum itu, Peguam Jamil Khir, Roslizam Rahim yang berada dalam mahkamah jam 9 pagi telah mengadakan perbincangan dengan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah, Mohd Khairul Nizam Kassim, kerana kelewatan kehadiran peguam Anwar.

Bercakap kepada media selepas itu, Roslizam memberitahu, sepatutnya Anwar hadir bagi menjawab afidavit dan melantik peguamnya.

“Oleh kerana Anwar gagal berbuat demikian, mahkamah telah memutuskan memberi Anwar masa sehingga 6 Julai untuk menjawab afidavit anak guam saya dan untuk Anwar melantik peguam,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.