Followers

Monday, June 22, 2015

Ketua Srikandi Keadilan antara lima dilantik Senator - Oleh : Khairil Ashraf

Zack Ahmad's photo. Empat merupakan muka baru manakala seorang lagi lantikan semula untuk tempoh tiga tahun.

KUALA LUMPUR : Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik antara lima individu yang dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.

Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara diadakan sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin.

Selain Siti Aishah, tiga muka baru yang mengangat sumpah sebagai Senator ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun; Ketua UMNO Cawangan Hilir Barat Batu Rakit, Datuk Abdul Rahman Mat Yasin dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang, Norahan Abu Bakar manakala, wakil DAP, Dr Ariffin S M Omar dilantik semula.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika ucapan pembukaannya mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya mematuhi lafaz taat iaitu taat setia, melindungi dan mempertahankan negara.

Beliau berharap supaya Ahli Dewan Negara yang baru dilantik berperwatakan keperibadian tinggi, beradap, bersopan santun dalam perbahasan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

“Sekarang saya rasa amat risau sebab terdapat juga segelintir Yang berhormat tidak menghormati Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

“Terdapat juga yang melanggar Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan Negara ketika perbahasan,” katanya.

Tambahnya, perbuatan itu jelas menunjukkan Ahli Dewan Negara dan Ahli Parlimen mengingkari lafaz sumpah yang diikrarkan.

“Oleh itu, kita semua hendaklah memahami segala peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.