Followers

Monday, June 8, 2015

Ramalan terburuk tentang Pakatan sedang berlaku pakatan-rakyat


Zack Ahmad's photo. GELANG PATAH, 7 JUN: 

Keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP merupakan bukti Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat berfungsi sebagai satu pakatan, kata Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.

Beliau berkata, langkah parti Islam jelas mengesahkan ramalannya dua minggu lalu bahawa PR tidak akan bertahan selepas Muktamar PAS. 

“Dengan usul dalam Muktamar PAS, politik Malaysia memasuki fasa baru yang membawa kesan serta merta. 

“Nampaknya ramalan terburuk saya untuk PR telah berlaku dan apa yang tinggal hanyalah upacara pengebumiannya,” katanya. 

Kata Ketua Parlimen DAP itu, kedudukan itu memberikan satu lagi kemenangan kepada pakar strategi UMNO yang selama ini bermati-matian mahu menghancurkan PR dengan hasutan seperti kerajaan perpaduan dan pelaksanaan hudud. 

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dilaporkan berkata, Dewan Ulama PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dewan itu dengan DAP bagi membalas dendam kerana kononnya DAP terlalu banyak menyerang partinya. 

Menurut Kit Siang, keputusan drastik PAS jelas akan turut membawa masalah kepada pentadbiran negeri yang diterajui PR seperti Pulau Pinang dan Selangor. 

“Di Pulau Pinang sebagai contoh, usul muktamar akan membuatkan mustahil bagi wakil PAS untuk terus bekerja di pelbagai peringkat dalam kerajaan negeri. 

“Di Selangor, senario paling buruk akan berlaku seperti pilihan raya negeri terpaksa diadakan,” katanya. 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.