Followers

Tuesday, June 30, 2015

Rafizi dedah satu lagi hartanah MARA dibeli harga lebih tinggi Khairil Ashraf


rafizi-ramli

MARA membeli hartanah 333 Exhibition Street dengan harga AUD$31 juta sedangkan sebuah syarikat tidak bernama telah membeli terlebih dahulu hartanah itu dengan harga lebih rendah, AUD$22 juta.

KUALA LUMPUR : Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui anak syarikatnya MARA Inc didakwa membeli hartanah di 333 Exhibition Street, Melbourne lebih mahal AUD$9 juta atau RM27 juta berbanding harga asal.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW), Rafizi Ramli berkata, sebuah dana hartanah Quintessential Equity menjual hartanah tersebut kepada sebuah syarikat yang tidak dinamakan pada harga AUD$22 juta pada Oktober 2012.

“Kira-kira kurang enam bulan selepas itu, iaitu pada Mac 2013, MARA Inc membeli bangunan ini pada harga AUD$31 juta.

“Iaitu AUD$9 juta atau RM27 juta lebih mahal dari harga yang dibeli dari Quintessential Equity,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabatnya pada Selasa.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata perkara ini jelas membuktikan pembelian 333 Exhibition Street itu melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House iaitu harga yang dibayar MARA Inc jauh lebih tinggi dari harga pasaran.

“Jika kamu fikir Dudley House terlebih bayar, hartanah ini lebih mahal dari Dudley House,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Rafizi menuntut Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa menjawab soalan yang dibangkitkan iaitu rasional di sebalik MARA meluluskan pembelian 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran.

Beliau turut mempersoalkan syarikat atau individu yang memiliki hartanah tersebut sebelum dibeli oleh MARA Inc .

Rafizi juga mendedahkan perbezaan kadar pulangan sewa hartanah berkenaan yang hanya 6.2 peratus, tetapi kadar sepatutnya pada waktu pembelian hartanah itu adalah antara 6.5 hingga 7 peratus.

“Sepatutnya apabila kadar pulangan hartanah berada di bawah kadar purata bagi aset yang sama di Melbourne, cadangan pembelian ini seharusnya dihentikan oleh Majlis MARA,” katanya.

Dia mempersoalkan mengapa Annuar tidak menyemak kadar pulangan hartanah itu apabila beliau mengambil alih MARA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.