Followers

Tuesday, June 30, 2015

Najib akan pastikan Anwar terima rawatan kesihatan sewajarnya - FMT Reporters

 
najib,anwar

Kesihatan Anwar Ibrahim dilaporkan semakin teruk dan membimbangkan.


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima rawatan sewajarnya.

Katanya, beliau mengambil maklum tentang tentang kesihatan Anwar yang dikatakan semakin teruk dan membimbangkan.

“Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya,” katanya menerusi Facebook.

Peguam Anwar, R Sivarasa memberitahu, Anwar memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut berkaitan beberapa isu kesihatan termasuk tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan 4 cm di buah pinggang yang memerlukan CT scan, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten, dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan fisioterapi intensif.

Katanya, kesihatan Anwar semakin teruk dan membimbangkan kerana tidak diberikan akses untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Dia memohon Anwar diberikan tahanan kediaman untuk membolehkan Ketua Umum PKR mendapatkan rawatan lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.