Followers

Sunday, June 21, 2015

Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M

 

Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M 
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan terbaharu hari ini mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menuntut syarikat sarat hutang itu mengemukakan bukti menyokong jawapannya, dan bukan berselindung di sebalik alasan rahsia kerajaan.

Bekas perdana menteri itu menjawab kenyataan 1MDB dua hari lalu yang menafikan beberapa tuduhannya sambil mempersoalkan motifnya dalam membuat dakwaan “yang selalu berubah-ubah”.

“1MDB hanya mendakwa kesemua kritikan saya tidak benar. Tetapi tiada bukti diberikan. Selalu jawapannya ialah ia perkara sulit kerajaan,” kata Dr Mahathir menerusi blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Beliau menyentuh beberapa perkara termasuk cadangan “tak masuk akal” Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat asal sebelum dinamakan semula sebagai 1MDB, menggunakan sumber minyak negeri itu sebagai cagaran pinjaman kerajaan.

“Saya dapat tahu TIA enggan membenarkan hasil masa depan telaga minyak Terengganu dijadikan cagaran selepas bercakap dengan mereka yang terlibat dengan TIA. Kerajaan persekutuan menjadi penjamin pinjaman RM5 bilion itu kerana Terengganu menolak perkara yang tak masuk akal.

“Tidak ada kertas Kabinet dikemukakan mengenai pinjaman RM5 bilion itu. Sila kemukakan kertas itu kepada umum. Dah tentu kamu akan menjawab kertas Kabinet adalah sulit.

“Sekiranya pinjaman bukan di luar bajet, tunjukkan peruntukan tahunan dalam bajet kerajaan bagi memberikan pinjaman itu. Tidak ada,” kata Dr Mahathir.

Beliau mencabar 1MDB menunjukkan bukti bertulis mengenai syarat pengeluaran bon sukuk yang disediakan Goldman Sachs atau AmBank, dan sama ada kadar faedah tinggi dikenakan.

Dr Mahathir turut mengkritik pemulangan bon 30-tahun 1MDB, dan berkata syarikat itu akan hanya mendapat “88 sen ke 1 ringgit. Apa yang bagus tentang itu”.

Beliau juga mempersoalkan langkah 1MDB membayar lebihan “sekurang-kurangnya RM3 bilion” bagi memperolehi loji janakuasa, dan mahu tahu mengapa ia tidak disenaraikan sekiranya benar ia merupakan aset baik.


“Mengapa apabila Tenaga dan Malakoff dikatakan mahu membeli loji janakuasa 1MDB, saham mereka menjunam?” soal Dr Mahathir.

Beliau menyindir peranan 1MDB sebagai syarikat pembangunan strategik, dengan berkata ia tidak membangunkan apa-apa.

“Malah TRX hanya ada pagar, itu saja”, katanya, merujuk projek Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir merupakan pengkritik paling lantang 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak yang mempengurusikan lembaga penasihat firma itu.

http://suarapakatandaily.com/projek-1mdb-trx-hanya-ada-pagar-sahaja-dr-m/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.