Followers

Sunday, June 21, 2015

Anwar Bukan Calon PM: Krisis Pakatan mungkin lebih awal jika ia menang PRU13, kata Kit Siang

 

Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah ‘kemuncak kepada segala kesabaran’. 

Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah ‘kemuncak kepada segala kesabaran’. 

Pakatan Rakyat (PR) mungkin menghadapi krisis dalaman jika ia berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum lepas, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang. 


 

Mengakui perkara ini, Ketua Parlimen DAP itu berkata, ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi pakatan pembangkang yang kini tidak lagi berfungsi itu. 

"Malah, krisis PR mungkin berlaku lebih awal jika ia berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon perdana menteri Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 


Tahun lepas, pemimpin PKR Rafizi Ramli berkata, PAS yang diketuai Hadi, menolak Anwar sebagai calon PR untuk menjadi perdana menteri dan sebaliknya, bercadang menamakan Tengku Razaleigh Hamzah daripada Umno untuk jawatan tertinggi itu. 

Menyerang Hadi, Lim berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah "kemuncak kepada segala kesabaran". 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Ahad, 21 Jun 2015 Anwar Bukan Calon PM: Krisis Pakatan mungkin lebih awal jika ia menang PRU13, kata Kit Siang Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah ‘kemuncak kepada segala kesabaran’. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015. Lim Kit Siang berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah ‘kemuncak kepada segala kesabaran’. Pakatan Rakyat (PR) mungkin menghadapi krisis dalaman jika ia berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum lepas, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang. Mengakui perkara ini, Ketua Parlimen DAP itu berkata, ini kerana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bagi pakatan pembangkang yang kini tidak lagi berfungsi itu. "Malah, krisis PR mungkin berlaku lebih awal jika ia berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 dua tahun lalu kerana Hadi tidak pernah menerima Anwar sebagai calon perdana menteri Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tahun lepas, pemimpin PKR Rafizi Ramli berkata, PAS yang diketuai Hadi, menolak Anwar sebagai calon PR untuk menjadi perdana menteri dan sebaliknya, bercadang menamakan Tengku Razaleigh Hamzah daripada Umno untuk jawatan tertinggi itu. Menyerang Hadi, Lim berkata usul PAS di muktamar baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP adalah "kemuncak kepada segala kesabaran". Posted & copy by RAKYAT MARHAEN a

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.