Followers

Saturday, June 20, 2015

Perbuatan Tun M bertentangan ketika jadi PM -Annuar Musa - Faiz Zainudin


mahthir_Annuar-Musa_600
Dr Mahathir pernah menyatakan beliau tidak suka Anwar Ibrahim menggunakan media luar untuk memburukkan negara. 
 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyuarakan tidak puas hati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menggunakan media antarabangsa untuk memburukkan negara.
Perkara itu didedahkn Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, Dr Mahathir sering menyebut beliau tidak gembira kerana ada pihak yang menggunakan media luar untuk memburukkan negara.

Annuar yang pernah menjadi Menteri Kabinet di bawah Dr Mahathir berkata, pihak yang dimaksudkan Dr Mahathir itu merujuk kepada Anwar.

Sehubungan itu, katanya, perbuatan Dr Mahathir menulis surat kepada New York Times untuk mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak bertentangan dengan pendiriannya ketika menjadi Perdana Menteri.

“Saya agak terkeliru sedikit sebagai menteri yang berkhidmat di zaman dia, saya agak keliru apa Tun M buat.

Waktu dia jadi Perdana Menteri dia sendiri tidak suka orang lain melakukannya,” katanya semasa sidang di Ibu Pejabat Mara pada Jumaat.

Katanya, kritikan Dr Mahathir terhadap Najib merupakan hak beliau untuk bersuara dan semua pihak perlu menghormati pemimpin yang banyak menabur jasa kepada negara.

“Kita boleh berdukacita (serangan terhadap Najib) tapi kita tak boleh menolak hak bersuara Tun M. 

Beliau kekal sebagai negarawan yang perlu dihormati dan kita tidak boleh berlaku tidak sopan kepada orang yang banyak berjasa pada negara,” katanya.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.