Followers

Thursday, June 18, 2015

Pembantu peribadi Rosmah sindir pengkritik Adam Abu Bakar

 
Rizal-Mansor2_600

Datuk Rizal Mansor menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap Rosmah dengan nada yang sinis.

PETALING JAYA: Pembantu peribadi kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor menyerang balas pengkritik yang mempersoal gaya hidup mewah majikannya.

Menerusi laman Facebook, dia menjawab segala tohmahan dengan nada yang sinis.

“Dalam Malaysia ni hanya Datin Sri Rosmah Mansor sorang je yang shopping..orang lain semua tak shopping.. Banyak kedai di pusat beli belah hampir muflis kerana tidak dikunjungi Datin Sri Rosmah Mansor,” tulisnya.

Rizal-Mansor_twt 

Pada komen yang selanjutnya dia terus menempelak mereka yang mempersoalkan gaya hidup Rosmah.

Katanya, apa yang digembar-gemburkan menampakkan seolah-olah hanya Rosmah yang mampu membeli-belah di luar negara.

“Berita dari London juga melaporkan satu-satunya individu dari Malaysia yang mampu membeli-belah di London adalah Datin Sri Rosmah Mansor.

“Rakyat Malaysia yang melancong ke London juga diberitakan hanya mampu ‘window-shopping’ sahaja,” katanya.

Bagaimanapun ketika isu penerampilan Rosmah yang dikatakan lebih menonjol berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dia seolah-olah cuba mengelak.

“Isu nya…bukan shopingg..Rosmah terlalu menonjol sangat dalam kepimpinan Najib..rakyat meluattt..harap hg paham noo…,” komen Boy Loso.

“lor.. tang mane dia menonjol?” balas Rizal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.