Followers

Thursday, June 18, 2015

VIDEO INSIDE - Chegubard kucing kurap-Tun M Adam Abu Bakar


najib_mahathir_Chegubard_600

Dr Mahathir panggil Chegubard kucing kurap daripada PKR dan enggan jawab soalan yang dibangkitkannya.
 
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan menjawab soalan yang dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan syarat ia dibuat secara terbuka dan bersemuka.



Tegasnya, Najib boleh membangkitkan apa sahaja soalan kepada beliau dan pada masa sama Dr Mahathir juga akan berbuat demikian.

“Najib boleh soal saya tentang apa yang saya buat dulu kononnya saya hilangkan duit, apa semua ..lesapkan duit .. dia boleh tanya dan saya boleh tanya dia ! Sama-sama lah.

“Ini bukan soal saya, ini soal Najib. Tapi pasal nak bagi elak daripada Najib, ( …. ) tanya saya. Saya nak jawab !

“Tapi you jawab sama. Sama-sama kita duduk atas stage …… semua TV duduk depan tu dan broadcast bagi seluruh negara,” kata Dr Mahathir yang dipetik daripada dinturtle.blogspot.com.

Mengulas mengenai kenyataan itu, dinturtle, menulis Najib boleh ungkit segala dakwaan yang dilemparkan terhadap Dr Mahathir dan ia akan dijawab oleh beliau.

Pada masa yang sama segala soalan yang dibangkitknya perlu dijawab Najib, di hadapan rakyat.
Bagaimanapun ketika nama Chegubard disebut, dengan nada sinis bekas Perdana Menteri Keempat itu berkata beliau tidak akan melayan kucing kurap.

“Itu kucing kurap daripada PKR ni ….. bagi tahu kepada dia, saya tak jawab soalan kucing kurap,” kata Dr Mahathir.

Kenyataan itu merujuk kepada Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Ia sebagai reaksi terhadap cabaran Chegubard yang sebelum ini mencabar Mahathir agar tampil sebagai panel untuk sesi “Hot Seat” #Nothing2Hide bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbirannya selama 22 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.