Followers

Thursday, June 25, 2015

Pemandu langgar kereta polis ditahan - FMT Reporters

 
langgar

Suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan berjaya ditahan beberapa jam selepas kejadian

VIDEO INSIDE
 
PETALING JAYA: Polis mengesahkan pemandu kereta Volkswagen yang merempuh dari belakang sebuah kereta perondanya telah berjaya ditahan.

Menurut laporan, suspek berusia 21 tahun yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta.
“Susulan dari Video Kereta Peronda @PDRMsia dilanggar sebuah kereta hitam. Individu yang melanggar telah pun berjaya di berkas.

Berdasarkan maklumat pemandu Volkswagen Polo hitam itu memandu dalam keadaan mabuk.. Syabas atas tindakan pantas PDRM. Mana mau lari???,” petik status yang dimuat naik di laman Facebook Friends of PDRM


Dalam kejadian Isnin lalu, remaja yang memandu kereta itu melarikan diri sejurus kejadian yang berlaku di Jalan Pudu menghala ke pusat bandar.

Bagaimanapun, tindakannya berjaya dirakam sebuah kereta lain yang kebetulan berada di belakangnya.

Visual yang berdurasi 1.22 minit itu kemudian disebar di laman sosial dan membantu usaha polis menjejaki pemandu berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.