Followers

Thursday, June 25, 2015

Mengapa Shafie Apdal berdiam diri isu MARA? - FMT Reporters


Ahmad-Amzad_Shafie_mara_600

Sebagai Menteri Kanan dan Naib Presiden UMNO, Shafie tidak boleh 'cuci tangan' dalam isu melibatkan amanah rakyat.

PETALING JAYA: Sikap berdiam diri Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam isu lebihan bayaran terhadap hartanah di Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) menimbulkan tanda tanya.

Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, Shafie tidak sepatutnya cuci tangan dalam skandal pembelian hartanah The Doudley di Melbourne itu.

Tambahnya, selaku Menteri Kanan dan Naib Presiden UMNO, Shafie tidak boleh berdiam begitu saja.

“DS Shafie Apdal yg bertanggungjawab terhadap MARA, takkan cuci tangan begitu sahaja? Beliau Naib Presiden UMNO. Antara pemimpin paling kanan,” katanya menerusi kenyataan media.

Ahmad Amzad berkata, skandal pembelian itu amat mengejutkan kerana keputusan pembelian telah dimuktamadkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara konsensus Majlis Ekonomi.

“Masih amanahkan Majlis Amanah Rakyat di bawah pentadbiran UMNO,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa bahawa beliau tidak tahu lebihan bayaran RM13.7 juta tidak masuk akal.

“Tidak masuk akal langsung Pengerusi MARA yg juga mantan menteri berpengalaman serta punya latarbelakang pendidikan yg cemerlang tidak tahu semua ini,” katanya.

Dakwanya, selepas tiada Kementerian Pembangunan Usahawan, peranan MARA semakin dipinggirkan seperti ‘anak kehilangan bapa’.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.