Followers

Tuesday, June 9, 2015

Peguam negara nafi salah guna kuasa dakwa Nik Nazmi OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

 
Zack Ahmad's photo.

"Sebagai seorang pendakwa raya, yang tertuduh (Gani) mempunyai budi bicara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Acara Jenayah untuk memulakan atau menggugurkan pertuduhan," kata Gani dalam dokumen pembelaannya yang dilihat The Malaysian Insider.


Katanya, pihak pendakwaan mendakwa Nik Nazmi sekali lagi di Mahkamah Sesyen pada Mei tahun lepas untuk memelihara integriti rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, menjawab pembelaan Gani, Nik Nazmi berkata pihak pendakwaan boleh menunggu keputusan rayuan daripada membuat dakwaan baru atas kesalahan yang sama.

Mahkamah Persekutuan pada 8 Mei tahun ini membatalkan rayuan peguam negara terhadap pembebasan Nik Nazmi oleh mahkamah rayuan tahun lepas.

Dalam keputusan bersejarah pada 25 April, 2014, Mahkamah Rayuan menyatakan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam (PAA) tidak berperlembagaan kerana seorang penganjur tidak boleh dihukum kerana gagal memberikan notis 10 hari kepada pihak polis.

Nik Nazmi memfailkan dakwaan bagi pendakwaan berniat jahat serta salah guna kuasa oleh peguam negara pada 31 Mac dan menamakan kerajaan sebagai rakan subahat.

Exco Selangor itu juga menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan jumlahnya serta pampasan yang diperakui sesuai oleh mahkamah.

Beliau berkata tindakan Gani mendakwanya untuk kali kedua dan merayu terhadap keputusan dakwaan pertama adalah pendakwaan yang dilakukan dengan niat jahat.

Ahli Parlimen Seri Setia itu juga berkata, Gani melakukan kesalahan dalam jabatan awam (tort of misfeasance).

Dalam kenyataan bertulisnya Nik Nazmi berkata, beliau menganjur perhimpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei, 2013 bagi membantah Suruhanjaya Pilihan Raya pada Pilihan Raya Umum ke-13, yang dikatakannya tidak adil dan bebas.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memberi notis 10 hari kepada polis, satu kesalahan di bawah Seksyen 9(5) itu.

Nik Nazmi kemudiannya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi supaya Mahkamah Rayuan merujuk semula keperlembagaan peruntukan tertentu dalam PAA itu.

Katanya, Gani atas kapasitinya sebagai pendakwa raya, memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk menterbalikkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Nik Nazmi berkata Gani memfailkan dakwaan yang serupa terhadapnya di Mahkamah Sesyen pada 6 Mei tahun lepas.

Beliau berkata, mahkamah lebih rendah itu memutuskan melepaskan tanpa membebaskan beliau kerana masih terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April.

Sementara itu, peguam Syahredzan Johan yang muncul bagi pihak Nik Nazmi semasa pengurusan kes minggu lepas berkata, pembantu registrar kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Pavani Kasi meminta semua pihak kembali pada 18 Jun untuk arahan seterusnya.

Peguam Persekutuan A Kasthuri mewakili Gani.

"SAR itu juga mengarahkan semua parti memfailkan semua dokumen sebagai persiapan untuk perbicaraan," katanya.

Ini kali kedua Gani dikenakan dengan dakwaan yang sama, kali pertama oleh bekas anggota polis Datuk Ramli Yusuff dan peguam senior Rosli Dahlan pada 2013.

Mahkamah Rayuan pada 1 April tahun ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Ramli dan Rosli. – 9 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.