Followers

Sunday, June 14, 2015

PEGAWAI GUAN ENG KENA PECAT, HASIL SILAT "SIKU LUTUT"






1. Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri P.Pinang daripada PAS, Fadzil Kemi telah dipecat oleh kerajaan negeri, melalui surat bertarikh 12 Jun lalu. Beliau akan menerima pampasan sebulan gaji.

2. Ia berkaitan usul daripada Dewan Ulama dan Muktamar PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

3. Fadzil adalah setiausaha PAS negeri dicadangkan oleh Mohd Sabu memegang jawatan itu.

4. Sebelum ini, ahli majlis MBPP dan MPSP daripada PAS enggan letak jawatan, dengan alasan mereka dilantik oleh PAS.

5. Mereka sengaja tidak mahu bezakan antara "cadang" dan "lantik".

6. Lebih 1000 ahli pas memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Sumber Dari Sini

Kemelut DAP-PAS semakin meruncing apabila Setiausaha PAS Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri telah diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lepas.
  
Notis bertarikh 12 Jun dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu telah dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
  
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata beliau yakin notis itu telah diterima oleh Mohd Fadzil pada Jumaat lepas kerana telah dihantar dengan tangan.
  
"Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa pada 12 Jun 2015 dengan  bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd Fadzil," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Katanya, dalam tempoh perjanjian kontrak setahun yang ditandatangani pada 12  Disember tahun lepas, mana-mana pihak boleh menghentikan kontrak tersebut tanpa sebarang alasan.

Sementara itu usaha untuk mendapat maklum balas daripada Mohd Fadzil yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi.
  
Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan telah mendesak kepimpinan baru PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri.
  
Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baru PAS masih cuba berbelit-belit bahawa mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar PAS.
  
Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain telah  meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.
  
Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.
  
-Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.