Followers

Sunday, June 14, 2015

Nazri Bongkak Hina Tun M: Martabat Najib Lebih Tinggi Dari Tun Mahathir suarakami



Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia akan merendahkan kedudukannya sebagai perdana menteri, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu berkata, Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin negara selama 22 tahun merupakan seorang warganegara biasa dan tidak mempunyai lokus standi untuk berdebat dengan Najib.

"Bagi saya, ia (berdebat) bukan idea yang baik. Kenapa perdana menteri saya perlu rendahkan kedudukannya dengan berdebat dengan rakyat biasa?

"Jika ada perdebatan, ia sepatutnya antara pemimpin pembangkang dan Najib. Dan platform untuk itu ialah di parlimen," katanya kepada pemberita.

Selain itu, ketika ditanya mengenai Najib yang jarang berada di parlimen, Ahli Parlimen Padang Rengas itu mempertahankan bosnya dengan berkata, perdana menteri mempunyai jadual yang sangat sibuk.

Malah, katanya, ada menteri lain yang boleh memberikan jawapan bagi pihak Najib dalam sidang parlimen.

"Tidak masuk akal apabila Najib perlu membalas dakwaan seorang individu. Sebagai perdana menteri, banyak perkara lain yang Najib perlu lakukan. Saya tidak mahu dia membuang masa," kata Nazri lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.