Followers

Sunday, June 14, 2015

Nazri - Saya Tiada Facebook, Nak Hentam Saya Hentam Depan-Depan



SUSULAN kritikan masyarakat tentang kenyataannya terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar individu-individu tersebut untuk bersemuka dengannya dan tidak berselindung di sebalik media sosial.

Ujarnya yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan kepada Malaysiakini, “Saya mungkin seorang menteri yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook.

“Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka.

“Sekiranya anda mahu menghentam secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah.”

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tentang reaksi orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya terhadap TMJ.

Ujarnya lanjut, dia tidak mengendahkan pendapat negatif awam tentang kenyatannya.

“Saya tidak mengecam baginda. Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung untuk melindungi keluarganya.

“Tetapi untuk mengatakan saya tidak mengenang budi, tahap intelektual golongan ini rendah. Jika tahap intelektual mereka rendah, saya tidak boleh membantu.”

Semalam, tindakan Nazri mengkritik Tunku Ismail supaya tidak mencampuri urusan politik negara dibalas TMJ dengan satu video ngauman harimau di laman Facebook Johor Southern Tigers tak lama selepas itu.

Ia mendapat perhatian ramai terutamanya warga Johor yang tidak berpuas hati dengan pandangan yang dilontarkan Nazri.

– MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.