Followers

Thursday, June 4, 2015

Noh Omar bangga kerana diagungkan Pas

 noh-omar

Pas dikatakan terdesak sehingga sanggup membabitkan UMNO Selangor dengan pemilihan parti itu
PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan pihak tertentu memasang kain rentang yang mengaitkan UMNO negeri itu dengan Muktamar Pas ke-61 sebagai perbuatan terdesak.

Beliau memberikan reaksi berkenaan susulan kewujudan kain rentang yang dipasang di Kuala Selangor yang memaparkan ucapan selamat datang daripada UMNO Selangor kepada perwakilan Pas sempena muktamar parti itu.

“Terbukti ada kumpulan yg terdesak cuba membabitkan saya dalam pemilihan mereka. Terima Kasih Pas kerana mengagungkan saya,” tulisnya di Facebook.

Berdasarkan komen-komen pengguna, pemasangan kain rentang berkenaan dipercayai daripada kumpulan penyokong Pas sendiri yang sengaja mahu melaga-lagakan ahli parti itu terutama pro ulama dan liberal.

“Ada yang sudah terdesak sangat nak jatuhkan Presiden mereka. UMNO juga yang dimangsakan,” tulis Nor Akmal Jahaya.

Selain wajah Noh, kain rentang yang dipasang turut memaparkan wajah Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Melayu Muafakat Demi Agama, Bangsa dan Negara. Ikhlas daripada Badan Perhubungan UMNO Selangor,” antara ucapan yang tertera di kain perentang berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.