Followers

Thursday, June 4, 2015

Letak jawatan sebelum dipecat – Zahid - FMT Reporters

 
zahid-hamidi_Menteri-Kabinet_600

Gesaan ditujukan kepada anggota kabinet yang telah hilang kepercayaan dan mempertikai 1MDB secara terbuka

PUTRAJAYA: Menteri Kabinet yang telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletak jawatan sebelum dipecat.

Gesaan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditujukan kepada anggota kabinet yang dilihat lantang mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB.

“Jika ada dalam kalangan kabinet yang hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan apatah lagi di tempat terbuka dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

“Maka tentu cara terhormat dengan melepaskan jawatan tanpa diminta melepaskan jawatan kerana telah hilang persetujuan (terhadap isu 1MDB).

“Saya tidak fikir kena tunggu Perdana Menteri buat keputusan pemecatan atau penyingkiran,” katanya semasa sidang media di Kementerian beliau pada Khamis.

Naib Presiden UMNO itu berkata, kuasa melantik dan memecat anggota kabinet adalah hak mutlak Najib.

Sehubungan itu, setiap anggota kabinet wajib bersetuju dengan setiap keputusan Perdana Menteri termasuklah isu 1MDB.

“Kuasa melantik kabinet adalah kuasa mutlak Perdana Menteri, malah kuasa memecat juga kuasa Perdana Menteri tetapi kabinet wajib bersetuju dalam setiap keputusan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.