Followers

Tuesday, June 16, 2015

Mazlan Aliman Mengambil "tindakan" Yang Bijak !!

Mazlan Aliman letak jawatan kerana kecewa

Mazlan-Aliman_jawatan_600
Dia kecewa selepas rakan-rakan baiknya yang pro Pakatan Rakyat kalah dalam Muktamar Pas baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Mazlan Aliman yang merupakan satu-satunya calon Pro Pakatan Rakyat (PR) yang dipilih dalam Muktamar Pas ke-61 melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, berkuat kuasa Isnin.

Tindakan melepaskan jawatan yang baru dimenangi itu dibuat setelah mengalami ‘luka mendalam’ melihat rakan-rakanya yang Pro PR kalah dalam pemilihan muktamar itu.

“Saya akui peletakkan jawatan saya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kekalahan yang dialami oleh rakan-rakan baik saya dalam Pas.

“Ia merupakan satu titik hitam sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam Pas,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas.

Mazlan mengesahkan surat peletakan jawatan itu akan diserahkan secepat mungkin kepada wakil Pejabat Pas Pusat.

Beliau turut menafikan akan menyertai Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) selepas tindakannya melepaskan jawatan dalam Pas.

“Saya tiada kaitan dengan PasMa, dan apa yang parti itu nak buat, tidak kena-mengena dengan saya.
“Saya tetap ahli Pas biasa dan akan terus memberikan sumbangan dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran,” katanya lagi.

Katanya, beliau tetap akan terus memberi sumbangan dalam Pas dan memanfaatkan masa dan ruang untuk mengambil inisiatif mengabungkan NGO-NGO bagi menangani isu krtikal seperti Felda Global Ventures (FGV), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.