Followers

Tuesday, June 16, 2015

Tun M tidak percaya masalah 1MDB selesai hujung tahun ini - Adam Abu Bakar

 
najib mahahthir
Syarikat pelaburan itu didakwa tidak mempunyai aliran tunai untuk menyelesaikan masalah hutang

SUBANG JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya masalah 1MDB selesai hujung tahun ini seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana, Dr Mahathir percaya syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang aliran wang tunai untuk menyelesaikan masalah itu.

“Saya tidak yakin 1MDB akan selesai, sebab benda (wang) itu hilang. Duit tidak ada,” katanya sewaktu ditemui pemberita dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton pada Isnin.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir turut menafikan kritikannya terhadap Najib sebagai satu gasakkan, sebaliknya akui ia dilakukan untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran Najib.

“Bukan gasak, saya ‘expose’ (dedah) benda yang tidak kena. Benda yang kena, saya tidak pernah complain (adu),” ujarnya lagi.

Pada Ahad lalu, Najib telah memberi jaminan bahawa krisis 1MDB akan diselesaikan paling lewat hujung tahun ini.

Janji itu disampaikan melalui bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Hasan Hamzah.
“Najib telah berjanji akan menyelesaikan 1MDB selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Saya yakin dengan penjelasan itu,” kata Hasan kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.