Followers

Tuesday, June 16, 2015

Berani Buat, Berani Lah Tanggung - Siapa Yang Putuskan Hubungan Dengan DAP ?

Wakil PAS Yang Dipecat Meroyan Dan Akan Saman Kerajaan Pulau Pinang


Mohd Fadzil yang sebelum ini memegang jawatan Pegawai Penerangan gred 41 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau sedang berbincang dengan peguam tentang notis pemberhentian perkhidmatan yang diterima Jumaat lepas.

Katanya, beliau turut membawa perkara itu kepada perhatian pemimpin PAS pusat dan sedang menunggu maklum balas mereka sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Peguam saya masih meneliti kes ini dan saya akan membuat pengumuman sekiranya membuat keputusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi melalui WhatsApp di George Town hari ini.

Notis pemberhentian bertarikh 12 Jun dengan bayaran satu bulan gaji daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu dihantar dengan tangan kepada Mohd Fadzil yang juga ahli lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.

Mohd Fadzil berkata perkara itu turut dibawa kepada perhatian Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baharu, Mohd Fauzi Yusof.

"Pesuruhjaya PAS akan membuat keputusan selepas jawatankuasa PAS negeri dibentuk dalam masa beberapa hari lagi," katanya.

Sementara itu, Fauzi ketika dihubungi berkata PAS akan melihat isu ini dengan cermat dan tindakan akan diambil selepas mesyuarat yang akan datang.

Sabtu lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil-wakilnya untuk mengundur diri.

Katanya, 3 wakil PAS dalam kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Mohamad Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan Rosidi Hussain meletak semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri.

Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.