Followers

Sunday, June 7, 2015

MAT SABU - AKU DAH LETIH......

 

Foto :TMI
Ucapan terakhir Mat Sabu, bekas Timbalan Presiden di Muktamar PAS di Kuala Selangor yang penuh dengan sindiran.
 
“Kami telah lama berada di pentas ini. Lebih 20 tahun, jadi macam-macam. Kemudian tuan baru nak duduk rumah ini, jadi kami kena tinggal rumah itu.
 
“Selalunya orang yang nak tinggalkan rumah, berilah sedikit bekalan supaya dapat berpindah dengan baik. Jangan curah asid kepada yang nak pergi, kita perlu bersikap terbuka.”
 
Apa difitnah beliau sebagai Ketua Jebon kerana ingin menjatuhkan Presiden. Sidiran kepada pemfitnah yang 2 kali tak datang apabila dipanggil lembaga siasatan.
 
“Patah sayap, dengan paruh aku datang. Patah dayung, dengan jari kudayung. Saya hadapi jawatankuasa bebas untuk siasat.
 
“Fitnah amat pedih, kita lalui dengan sabar.”
 
Sindiran beliau kepada yang nak menyiku dan melutut rakan dalam Pakatan.
 
“Lawan kita Umno dan BN. DAP ini parti kecil. Kita boleh siku dia, kita jatuh dia dan kita karate dia. Kalau dulu baca doa cemuh, sekarang kita ada lutut, siku, dan karate. Kita lebih kuat, jangan bimbang.”
 
Apabila beliau tidak lagi secara automatik menjadi Pengarah Pilihan Raya Sarawak.
 
“Jadi bila orang Sarawak tanya bagaimana sekarang ini kerana mereka nak tambah lagi kawasan di negeri itu.
 
“Saya cakap, bertanding semua di Sarawak itu, sebab kita sedang kuat. Bila bersama kena berunding, bila sudah sendiri tak perlu berunding lagi.
 
“Kita bimbang kalau kita keseorangan, yang penting kita dapat keredhaan Allah. Jangan bimbang, kita akan kuat bila kita bersendirian. 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.