Followers

Sunday, June 7, 2015

Imej Pas tercalar kerana salah laku pemimpin PR Adam Abu Bakar


Abdul-Hadi-Awang_pkr_600

Abdul-Hadi-Awang_pkr_600KUALA SELANGOR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa berselindung kesal dengan sikap komponen rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Pas sejak dahulu lagi merupakan parti yang berdisiplin dan tetap mengamalkan tahaluf siyasi walaupun ketika ‘berperang’.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, pendekatan yang dipraktikkan itu bukan bermakna ia menutup pintu sebaliknya akan berdamai sekiranya diajak berbuat demiikian.

Jelasnya, apa yang dipraktik menunjukkan adalah bagi menggambarkan kemuliaan pendekatan Islam di antara komponen di dalam PR.

“Kita telah menghadapi liku-liku yang mencabar. Alhamdulillah, Pas tetap berdisiplin dalam bertahaluf siyasi serta Pas langsung tidak mengkhianati bahkan beradab dalam tahaluf,” katanya sewaktu berucap di dalam sesi penggulungan di Muktamar Tahunan Pas ke-61.

Bagaimanapun, sikap mulia yang ditunjukkan Pas itu telah dicemari dengan sikap dan kelakuan dari rakan-rakan dalam PR yang menyentuh isu aqidah, syariat dan kepimpinan parti.

“Kita juga langsung tidak berkempen dalam urusan parti lain,” ujar beliau lagi.

Bahkan, akibat salah laku dan sikap kurang baik yang ditunjukkan pemimpin dalam PR secara tidak langsung telah menyebabkan pemimpin dalam Pas menerima tempias dan kredibiliti mereka telah tercalar.

“Ini bukan silap kita tetapi silap rakan kita. Mereka mencuri ahli kita, tetapi kita tidak mencuri ahli. Ada juga kes salah laku pemimpin mereka, ia termasuk dalam isu-isu agama Islam,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.