Followers

Sunday, June 7, 2015

Sekarang, setiausaha agung kata putus dengan DAP belum muktamad

 
Sekarang, setiausaha agung kata putus dengan DAP belum muktamadUsul memutuskan hubungan dengan DAP masih belum muktamad kerana ia perlu dibuat Majlis Syura Ulama walaupun setelah diluluskan muktamar, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Katanya, ini kerana kerjasama PAS dengan parti lain dalam pilihan raya pada 1986 dan 1999 diputuskan 2 badan dalam PAS, iaitu Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura.

"Memang (dewan) ulama ada sebut, tapi ia belum muktamad. Hendak masuk (Pakatan Rakyat) ada hukum, dan hendak keluar pun ada hukumnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu umum untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang susulan usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat itu yang diluluskan muktamar tanpa bahas.

Pagi ini juga, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau akan menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri itu dengan segera dan tanpa sebarang soalan. - TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.