Followers

Thursday, June 25, 2015

Kerajaan belum putuskan kenaikan tol - Mohamad Fadli



fadillah_tol_600

Perbincangan perlu mengambil kira kesannya kepada kedudukan ekonomi negara. 

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat keputusan kemungkinan kadar tol dinaikkan di beberapa lebuh raya mengikut Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu bergantung sepenuhnya kepada Kabinet.

“Kenaikan perlu dibincangkan dan diluluskan Kabinet, Ia perlulah dikaji mengikut kesannya kepada kedudukan kewangan negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Getah Malaysia pada Rabu.

Akhbar Berita Harian baru-baru ini melaporkan kadar tol di 16 lebuh raya akan dinaikkan pada Ogos ini melibatkan kenaikan antara 20 sen sehingga RM1.

Mengikut Perjanjian Konsesi, kadar tol perlu dikaji setiap tiga tahun dan mengikut perjanjian itu, kadar tol sedia ada akan tamat Ogos ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin sebelum ini menjangkakan hanya lebuh raya tertentu akan mengalami kenaikan kadar tol kerana kerajaan telah menyediakan sejumlah peruntukan dalam Bajet 2015 untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.