Followers

Wednesday, June 24, 2015

Lebih baik tubuh parti baru dari mempertahankan Najib, UMNO - Mohamad Fadli

 
hadi awang, UMNO, ulama

Keputusan kumpulan progresif dalam Pas menubuhkan parti baru juga lebih baik daripada bersama pro ulama.

PETALING JAYA: Rancangan kumpulan progresif dalam Pas untuk menubuhkan parti baru amat tepat bagi memenuhi inspirasi rakyat.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding terus bersama kepemimpinan Pas yang pro ulama.

Katanya, ia juga lebih baik untuk kumpulan progresif itu berbanding terus tenggelam kerana mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

“Mereka menubuhkan parti Islam baru yang sesuai dengan kehendak rakyat serta bersandarkan aspirasi berbilang kaum masyarakat di negara ini adalah untuk menjadikan diri mereka terus timbul dalam persada politik negara ini,” tulisnya diblog.

Shahbudin mengulas surat terbuka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada semua ahli Pas yang memberi amaran ahlinya yang keluar parti pasti akan tenggelam.

Dia turut mempersoalkan mengapa Hadi mengeluarkan surat terbuka itu sedangkan kumpulan progresif telahpun kalah dalam pemilihan parti.

“Bukankah mereka sudah ditenggelamkan oleh kumpulan ulama dalam pemilihan baru-baru ini?” katanya.

Katanya, Hadi tidak harus selama-lamanya bersandar kepada sejarah dalam menghukum sesuatu yang belum berlaku.

“Barangkali Haji Hadi memberikan ingatan itu kerana jauh di sudut hatinya sudah mula terselit rasa bimbang tentang masa depan yang suram akibat ketiadaan kumpulan progresif dalam Pas nanti?,” tulis Shahbudin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.