Followers

Saturday, June 20, 2015

Hayat parti baru mungkin tak panjang

 
 

Dengan nasib Pakatan Rakyat yang kekal tidak menentu, tumpuan ramai terarah ke kumpulan progresif dalam PAS yang mungkin meninggalkan parti itu untuk membentuk parti baru selepas Aidilfitri ini.

Jika itu menjadi kenyataan, parti baru tersebut kemungkinan besar akan bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, jika parti itu sekadar satu lagi pertubuhan politik berasaskan Melayu - Muslim atau pecahan daripada PAS, hayatnya mungkin tidak lama, kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.

"PAS akan tenggelam kerana pendirian konservatifnya tidak mendapat sokongan. Justeru sebuah parti baru diperlukan.

"Tetapi berapa lama parti baru ini boleh bertahan? Ia banyak bergantung kepada nilai progresif yang dibawa mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Jika parti baru itu bersedia untuk menerima nilai-nilai sejagat dan tidak berasaskan etnik serta agama, maka ia mungkin boleh bertahan untuk jangka masa panjang.

"Tetapi kebimbangan kita ialah, ia tidak kelihatan begitu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.