Followers

Tuesday, June 9, 2015

DAP beri kata dua kepada Azmin - Mohamad Fadli

 
azmin-ali_pkr_all_600

DAP beri syarat Pas adakan semula muktamar untuk tarik balik keputusan putus kerjasama dengan pari itu

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diminta membuat pilihan sama ada menyokong Pas atau DAP dalam mentadbir di Selangor.

Kata dua itu diberikan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ekoran keputusan Pas pada muktamar ke-61 pada minggu lalu yang memutuskan hubungan politiknya dengan DAP.

“Saya setuju. PAS mahu Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga
berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata hubungan ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) pada masa sekarang berada dalam keadaan sukar.

Katanya, perselisihan antara Pas dan DAP hanya merugikan PR dan menyukarkan usaha untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Bagaimana anda mahu kita berdamai? Melainkan Pas mengadakan muktamar lain dan menarik balik resolusi memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP itu,” katanya lagi.

Bagaimanapun Tony menegaskan dia akan berjumpa dengan Azmin bagi membincangkan kedudukan parti itu di Selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.