Followers

Tuesday, June 9, 2015

Kakitangan MAS rayu diterima bekerja semula Khairil Ashraf

 
mas_staff_600_2

Mereka meminta MAS mengambil kira sumbangan dan pengalaman sepanjang berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu.

PETALING JAYA : Beberapa orang kakitangan MAS tampil membuat rayuan supaya diambil berkerja semula.

Perkara itu disampaikan dalam sidang media bersama Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam).

Salah seorang daripada mereka yang mahu dikenali Puan B meminta majikannya mengkaji semula penamatan perkhidmatannya.

Dalam rayuan yang dibuat, dia memaklumkan baru kematian suami tujuh bulan lalu dan apa yang bakal berlaku akan menambah lagi beban yang ditanggung.

“Saya baru sahaja kehilangan suami saya tujuh bulan lalu. Begitu banyak musibah terjadi kepada saya.

“Saya perlu membesarkan anak saya. Saya mahu kembali bekerja dan saya tetap mahu kerja itu semula,” katanya yang menangis teresak-esak pada sidang media itu.

Dia yang kini berumur 39 tahun turut menceritakan menerima notis pemberhentian kerja melalui panggilan telefon pada 4 Jun lalu, sehari selepas pulang dari penerbangan.

“Saya bertanyakan kenapa saya diberhentikan kerja tetapi tidak ada jawapan yang diberikan oleh kakitangan MAS yang menghubungi saya,” katanya yang telah bekerja salama 18 tahun dengan MAS.

Seorang lagi bekas kakitangan MAS yang hanya mahu dikenali sebagai Puan A pula berkata sepanjang 25 tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu, dia telah memberikan komitmen penuh.

“Hari ini periuk nasi saya terjejas. Saya kini berumur 50 tahun dan bagaimana saya hendak mendapat pekerjaan dengan usia seperti ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.