Followers

Tuesday, June 23, 2015

Dalam 4 Tahun Najib Habiskan 28 Juta Duit Rakyat Lawatan Luar Negara suarakami

 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghabiskan sebanyak RM26,080,144.39 wang rakyat ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang meminta Perdana Menteri menjelaskan senarai semua lawatannya ke luar negara dan saiz rombongan dan kos terlibat.

Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya.

Mengikut pecahan tahunan, pada 2009, Perdana Menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68.

Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99.

Paling kerap pada 2011 iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49.

Untuk separuh tahun 2012, sebanyak lapan kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23.

Di maklumkan juga, Perdana Menteri menghabiskan RM3 juta wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke London, New York dan Washinton, Amerika Syarikat dalam masa beberapa hari.

Najib berbelanja RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri majlis anjuran Putera Charles.

Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat Perdana Menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1.6 juta.

Selain itu, Najib bersama pegawainya berkunjung ke Washington untuk ‘kunjungan peribadi’ antara 109 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75.

Perlu diingatkan bahawa kapal terbang 9M-NAA yang digunakan Najib hanya untuk kegunaan rasmi Yang di-pertuan Agong dan Perdana Menteri, bukan untuk percutian peribadi.

Mengapa tiada sebarang tindakan setelah dengan nyata Najib menggunakan pesawat untuk lawatan peribadi?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.