Berita Mengejutkan Dari Utara
Betul Ke Pakatan Rakyat Berkubur.. Cuba Baca Berita Ni. Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin yang menang kerusi itu atas tiket PAS akan kekal sebagai
ketua pembangkang Perak, kata Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming,
walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir.
Nga berkata Nizar yang juga pernah menjadi menteri besar Perak selama 10
bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada
2008, menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN).
“Nizar akan kekal sebagai ketua pembangkang walaupun PR tidak lagi wujud
dalam negeri ini. Selain wakil daripada DAP, saya percaya Nizar juga
memperoleh sokongan daripada 5 lagi Adun PKR,” katanya kepada The
Malaysian Insider.
Lima lagi wakil, termasuk Nizar Jamaluddin adalah daripada PAS dan secara bersama, mereka membentuk 28 Adun pembangkang dalam DUN.
Nga, yang juga Adun Kepayang berkata ini adalah respons sama ada DAP
akan menarik sokongannya kepada Nizar untuk kekal sebagai ketua
pembangkang, memandangkan DAP dan PAS tidak lagi menjalinkan kerjasama
politik.
Ini adalah susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas di muktamar tahunan PAS awal bulan ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mengumumkan jawatankuasa
eksekutif pusat parti itu membuat keputusan mengisytiharkan PR sudah
terkubur memandangkan parti sekular dan rakan kongsi Islam itu tidak
lagi bekerjasama.
Betul Ke Pakatan Rakyat Berkubur.. Cuba Baca Berita Ni
Betul Ke Pakatan Rakyat Berkubur.. Cuba Baca Berita Ni
Nga berkata walaupun PR tidak lagi wujud, Nizar boleh memegang jawatan
itu kerana beliau adalah Adun yang dilantik untuk mewakili Changkat
Jering.
“Kedudukan Nizar adalah wakil rakyat yang dilantik dan DAP yang
membentuk majoriti pembangkang dalam DUN menyokongnya untuk kekal di
situ,” katanya.
Nizar menjadi ketua pembangkang negeri sejak Mei 2009.
Nga, yang juga ahli Parlimen Taiping berkata DAP negeri mempunyai
hubungan yang mesra dengan kepimpinan PAS Perak yang baharu di bawah Razman Zakaria.
“Kami bukan musuh PAS atau pemimpinnya. Contohnya, kami akan pergi
majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri mereka jika dijemput.
“Bagaimanapun, kami mempunyai hubungan kerja yang cemerlang dengan semua
Adun PAS dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dilantik dalam
DUN,” katanya.
Nizar sendiri gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat
bersama sekumpulan ahli “progresif” yang diketuai bekas Timbalan
Presiden Mohamad Sabu yang digulingkan dalam pemilihan kedudukan
tertinggi parti.
Nizar juga tewas bagi jawatan ketua cawangan PAS Kampar yang
disandangnya sejak 14 tahun lalu, kepada Mohd Sofian Rejab, seorang guru
agama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.