Followers

Tuesday, June 23, 2015

Zaid nasihat Azmin pilih rakan parti sebenar - Adam Abu Bakar


azmin-ali_Zaid-Ibrahim_600

Menteri Besar Selangor perlu memilih DAP atau Pas sebagai rakan komponen baru yang akan menyebabkan berlakunya ketidakpercayaan dan kekecewaan.


PETALING JAYA: Kemelut yang berlaku di antara parti PKR-DAP-PAS telah menyebabkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam dilema untuk memilih parti mana agar negeri Selangor dapat dipertahankan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan PKR juga harus memilih parti yang benar-benar ingin berjuang bersamanya.

Jelasnya, Azmin sememangnya bersahabat dengan pemimpin dari kedua-dua parti, namun untuk memilih salah satu parti sebagai rakan komponen baru di dalam PR akan menyebabkan ketidakpercayaan dan kekecewaan berlaku.

“Jika PKR mementingkan nilai persahabatan dan masih mengingati pengorbanan mendiang Karpal Singh dan ramai pihak lain yang bangkit bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka PKR harus tahu siapa yang seharusnya dipilih,” katanya.

Menulis di blog miliknya www.zaid.my, Zaid tetap menyatakan peluang untuk Pas dipilih sebagai salah satu komponen di dalam PR juga masih wujud.

Zaid turut mengingatkan semula bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar lantas menyebabkan Azmin dilantik bagi memegang jawatan tersebut.

Jelas beliau lagi, Azmin juga harus memutuskan sama ada mahu bersama Pas atau ia juga sebagai satu langkah untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

“Rakyat pasti akan kecewa dengan situasi tersebut kerana rakyat mahu melihat kerja sama politik yang mana setiap bangsa saling bekerjasama. Rakyat juga sudah penat permainan politik,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan ‘menjaga rumah’ bersama Pas bermakna Azmin telah memberi tekanan kepada kepada progresif Muslim di dalam parti Islamik yang sering membantunya tetapi kini dilayan sebagai ahli politik terbuang.

“Apa yang akan terjadi kepada sahabat Azmin seperti Mat Sabu, Khalid Samad dan yang lain? 

Adakah mereka akan masih mempercayainya sedangkan Azmin bersama ulama di Selangor.

“Dan bagaimana untuk Azmin mengelak dari memberikan tali keselamatan kepada Pas di Selangor jika mereka masih di dalam pentadbiran kerajaan negeri,” soalnya,
Tambah Zaid lagi, kumpulan progresif ini juga boleh dianggap sebagai ‘kuasa sukar’.

“Mereka boleh membentuk suatu parti politik baru, tetapi memerlukan sokongan kuat dari parti yang sudah ternama seperti DAP,” ujarnya.

Zaid mengakhiri tulisannya dengan memberikan kata dua kepada Azmin sambil menyatakan, “Saya harap anda (Azmin) tidak mengambil masa yang lama untuk memilih untuk membuat keputusan atau selesa di dalam Selangor sedangkan hilang peluang untuk bergabung dengan rakan sebenar,”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.