Rahsia Najib Didedahkan Lagi. Laporan Wall Street Journal (WSJ)
hari ini mendakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai
kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Genting kemudiannya didakwa membuat sumbangan kepada sebuah yayasan yang
didakwa ada kaitan dengan Najib sebelum PRU13 dan dana itu telah
digunakan untuk berkempen.
"1MDB pada Oktober 2012 memperolehi satu unit Genting yang memiliki 75
peratus kepentingan dalam loji janakuasa arang batu 720 megawatt
berhampiran Kuala Lumpur," kata laporan itu.
WSJ mendakwa, pembelian 1MDB terhadap kepentingan Genting dalam aset
kuasa itu adalah kira-kira lima kali ganda nilainya ketika itu.
Laporan itu mendakwanya "harganya yang bersamaan dengan kira-kira AS$740 juta pada masa itu, menjadi RM2.3 bilion.
"Beberapa bulan selepas jual-beli itu, satu unit Genting yang dikenali
sebagai Genting Plantation Berhad membuat sumbangan kira-kira AS$10 juta
kepada sebuah badan amal yang mempunyai kaitan dengan Najib, menurut
jurucakap untuk Genting Plantation," dakwa laporan itu lagi.
WSJ mendakwa bahawa yayasan itu ialah Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang
menyenaraikan Najib sebagai pengerusinya di laman web yayasan tersebut.
Menurut laporan WSJ itu lagi, walaupun ditubuhkan untuk membantu rakyat
Malaysia yang kurang bernasib baik melalui pendidikan dan sukan, namun
badan kebajikan itu kemudiannya terlibat dengan perbelanjaan yang
dilihat untuk membantu Najib mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya
umum Mei 2013.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.