Followers

Saturday, June 27, 2015

Ada KONSPIRASI sebalik penahanan bekas pengarah PetroSaudi, dakwa Dr Mahathir

Zack Ahmad's photo. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wujud konspirasi yang dirancang pihak tertentu di sebalik penahanan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo.

Dr Mahathir berkata, penahanan Justo oleh pihak berkuasa Thailand itu agak mencurigakan kerana dia melakukan kesalahan jenayah di Arab Saudi.

"Kita tengoklah apa dia cakap tetapi dia punya keadaan itu mencurigakan sedikit, macam ada perancangan.

"Ini orang pandai-pandai belaka, macam-macam perancangan ada sekarang ini," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir juga hairan dengan tindakan penguat kuasa Thailand yang “berminat” menahan Justo kerana kebiasaannya negara lain tidak akan mengambil berat melainkan seseorang itu disenaraikan sebagai pengganas.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata Justo hanya datang ke Thailand sebagai pelancong dan tidak ada asas untuk beliau ditahan.

"Yang saya hairan dia bukan buat kesalahan di Thailand, dia buat kesalahan di Arab Saudi.

"Barangkali sebab dia pengganas sebab itu tahan dia. Kalau dia setakat tipu syarikat, itu masalah Arab Saudi kena betulkan," katanya.

Warga Switzerland itu pada Selasa lalu ditahan di sebuah rumah di sebuah pulau peranginan Thailand, Koh Samui dan beberapa komputer, pemacu cakera keras serta alat penyimpanan data turut dirampas.

Justo dilaporkan menerima RM15 juta untuk meletak jawatan di PetroSaudi, tetapi dituduh meminta lebih banyak wang dalam cubaan memeras ugut syarikat itu berkaitan urus niaga dengan 1MDB.

Media Thailand melaporkan Justo menafikan tuduhan itu.

Polis Thailand turut menggambarkan Justo sebagai eksekutif teknologi maklumat (IT) tetapi semakan The Malaysian Insider menunjukkan Justo ialah pengarah di PetroSaudi. – TMI


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.