Followers

Saturday, June 27, 2015

Khianat jika jadi MB Selangor semula, kata PKR kepada Khalid Ibrahim.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan Pakatan Rakyat dengan menjadi menteri besar Selangor. 

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan Pakatan Rakyat dengan menjadi menteri besar Selangor. 

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkhianati rakyat jika dilantik semula memegang jawatan berkenaan atas sokongan Umno, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin. 

Naib presiden PKR itu berkata, majoriti rakyat Selangor sudah menolak parti ketuanan Melayu itu dan kepimpinannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. 

"Jelas, Tan Sri Khalid hanya boleh menjadi menteri besar semula sekiranya beliau diberi sokongan penuh oleh Umno. 

"Jika itu berlaku, ini merupakan suatu khianat yang amat besar terhadap rakyat Selangor kerana mereka menolak parti dan kepimpinan Umno di dalam PRU13," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Khalid dilaporkan bersedia menjadi menteri besar semula bagi menyelamatkan rakyat daripada krisis Pakatan Rakyat (PR) yang tidak menentu sekiranya mendapat kepercayaan dengan majoriti mudah. 

Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, Khalid sebaliknya perlu bermuhasabah diri sebelum menawarkan diri sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan PR. 

Katanya, gaya kepimpinan Khalid sewaktu menjadi menteri besar sering tidak seiring dengan keputusan PR melibatkan rakyat dan dilihat hanya bergantung kepada penasihat beliau semata-mata. 

Katanya, disebabkan itu beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan dipecat PKR. 

"Amat hairan bagaimana Tan Sri Khalid boleh menyangka beliau dapat memegang semula jawatan MB kerana beliau dipecat daripada PKR dan sekarang hanya merupakan seorang Adun bebas. 


"Saya ingin mengingatkan Tan Sri Khalid yang beliau dipilih sebagai Adun atas kerusi PKR dan oleh itu beliau tidak harus beranggapan rakyat Selangor memilih beliau atas namanya semata-mata," katanya.

Katanya, Khalid sepatutnya fokus kepada isu hutang Bank Islam beliau yang berjumlah RM70 juta diselesaikan secara tiba-tiba dan pampasan berjumlah RM2.6 juta buat bekas pegawai beliau yang masih berlarutan sehingga kini. 

Mengenai sokongan kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, katanya tidak berbangkit timbalan presiden PKR itu hilang sokongan kerana majoriti Adun PKR, DAP, dan PAS menyokong beliau. 

Katanya, ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong pentadbiran Azmin. 

"Muafakat yang terhasil ini diterjemahkan kepada kepercayaan terhadap Azmin untuk terus memimpin Selangor berpandukan semangat Dasar Bersama PR yang semakin mengambang sepertimana diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR," katanya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN. -

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.