Followers

Saturday, June 27, 2015

PM bayangkan rombakan Kabinet tak lama lagi

 
PM bayangkan rombakan Kabinet tak lama lagiPerdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini membayangkan kemungkinan ada rombakan kabinet tidak lama lagi walaupun beberapa menteri menafikannya sebelum ini.

Najib, ketika ditanya mengenai spekulasi tentang rombakan itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.

"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Najib juga membayangkan bahawa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, yang status sebagai presiden MIC masih samar-samar, tidak mempunyai banyak masa dalam kabinet.

"Kedudukan Palanivel sebagai menteri akan diputuskan tidak lama lagi," katanya sambil menambah bahawa buat masa ini, beliau mahu MIC menentukan kepimpinan mereka.

Timbalan Presiden MIC S Subramaniam semalam mendakwa bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan Palanivel bukan lagi menjadi ahli MIC.

Beliau juga mendakwa bahawa ROS kini mengiktirafnya sebagai pemangku presiden.

Najib berkata beliau akan menyerahkan kepada mahkamah untuk menyelesaikan krisis MIC itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri mungkin menggugurkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Shafie Apdal, yang kritikal terhadap kemelut membabitkan 1MDB.

Najib telah pun memberi kata dua kepada para menteri yang tidak bersetuju dengan beliau untuk meletakkan jawatan. - M'kini

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.