Followers

Wednesday, May 6, 2015

Wan Azizah bukan pemimpin yang baik- Ramlah Adam 0LEH Faiz Zainudin

Pengundi Permatang Pauh patut disalahkan sekiranya sekali lagi memberi mandat kepada isteri bekas Ketua Pembangkang menjadi Ahli Parlimen.

wan azizah

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tamak kuasa kerana bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, kesediaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertanding di Permatang Pauh menunjukkan Wan Azizah seorang tamak kuasa dan wang ringgit.

“Dia akan dapat gaji sebagai ADUN dan gaji Ahli Parlimen. Memilih orang yang ada jawatan di peringkat negeri pergi bertanding di peringkat Parlimen tak ada orang lain ke?,” soalnya ketika dihubungi FMT.

Pengarah Pusat Kajian Instituti Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu berkata, Wan Azizah bukan seorang pemimpin yang bagus dalam menyelesaikan masalah rakyat kerana sejak menjadi ADUN Kajang banyak isu-isu yang belum diselesaikan.

“Soalnya sekarang beliau (Wan Azizah) mampu atau tidak nak jalankan kerja, dekat Kajang tak selesai, nak ambil pula Permatang Pauh, nanti Permatang Pauh tertinggal (terabai),” katanya.

Katanya, pengundi Permatang Pauh patut disalahkan sekiranya sekali lagi memberi mandat kepada isteri bekas ketua Pembangkang menjadi Ahli Parlimen.

“Kalau mereka pilih PKR ini bermakna mereka tidak pentingkan pembangunan, kebenaran, kualiti, tetapi lebih mementingkan emosi. Mereka taksub kepada pemimpin, walaupaun sudah dibuktikan Anwar bersalah.

“Kalau PKR dipilih juga, bukan salah Wan Azizah, tetapi pengundi yang salah memilih kerana memilih orang yang tak buat kerja. Susah nak buat kerja sebab pegang dua tempat,” katanya.

Tags: Bahasa, Ramlah Adam, Wan Azizah, PRK, Permatang Pauh, PKR.

See more at: http://www.freemalaysiatoday.com

Wan Azizah bukan pemimpin yang baik- Ramlah Adam

 | May 6, 2015

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/06/wan-azizah-bukan-pemimpin-yang-baik-ramlah-adam/#sthash.apxaanNT.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.