Followers

Wednesday, May 6, 2015

Anwar ulangi rayuan undi isterinya - Faiz Zainudin

Anwar juga telah memfailkan saman terhadap SPR dan Pengerusinya kerana tidak membenarkan beliau mengundi pada PRK Permatang Pauh.

anwar-penjara2

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Penjara Sungai Buloh menyampaikan pesanan terakhir kepada pengundi di Permatang Pauh.

Bekas Ketua Pembangkang itu mengulangi rayuan supaya pengundi memilih isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu.

“Kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan perjuangan rakyat,” kata Anwar menerusi peguamnya, Latheefa Koya.

Anwar berkata, beliau masih berusaha untuk keluar mengundi walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memaklumkan hak beliau sebagai pengundi telah terlucut.

Perlembagaan Persekutuan, Bahagian Vlll (8) Perkara 119 (3) (a) menyatakan seseorang yang sedang menjalani hukuman penjara hilang kelayakan sebagai pengundi.

Anwar telah memfailkan saman terhadap SPR dan Pengerusinya kerana tidak membenarkan beliau mengundi pada PRK Permatang Pauh pada 7 Mei.

Anwar memfailkan writ saman dan penyata tuntutannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguamnya N Surendran pada Rabu.

Dalam penyata tuntutannya, Anwar memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi dan membuang undi.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category.

Anwar ulangi rayuan undi isterinya

 | May 6, 2015

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/05/06/anwar-ulangi-rayuan-undi-isterinya/#sthash.V7UYWB4c.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.