Followers

Wednesday, May 13, 2015

TERKINI ! - NAJIB SENASIB PAK LAH ?



 Najib bakal ikut jejak langkah Pak Lah?

DATUK Seri Najib Razak juga mungkin senasib Tun Abdullah Ahmad Badawi. Cuma membezakan Pak Lah diasak dari segenap penjuru selepas BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-12, Mac 2008.

Najib selamat buat seketika biarpun undi popular Pakatan Rakyat (PR) 51.3 peratus mengatasi BN (48.7 peratus) pada PRU-13.

Sedangkan pencapaian Pak Lah lebih baik daripada Najib ketika PRU ke-12. BN masih bertahan dengan undi popular lebih 50 peratus.

Pada pilihan raya tersebut, BN memperolehi 52.2 peratus berbanding PR – 47.8 peratus. Pak Lah juga memecah rekod pencapaian BN sejak PRU 1959 apabila mendapat peratus undi 63.9 peratus pada PRU 2004.

Sedangkan PR mengumpul undi sebanyak 36.1 peratus. Kejayaan ketika itu memberi keselesaan seketika Pak Lah di puncak kuasa.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menulis, beliau sukar untuk menemui Datuk Seri Najib Razak bagi meluah isu terbuku di hati, ketika Najib di posisi Timbalan Perdana Menteri.

Dakwa beliau, Najib perlu mendapat izin Pak Lah bagi membolehkan beliau menerima kunjungan Dr Mahathir. Najib sudah lama dikesannya seperti penakut.

Dr Mahathir seperti kesal memilih Pak Lah berbanding Najib. Tidak lama selepas Pak Lah di puncak, Dr Mahathir memilih jalan konfrantasi.

Kemuncak kebencian Dr Mahathir apabila bekas perdana menteri itu menghantar surat keluar daripada Umno.

Antara lain kandungan surat yang ditulis, beliau hanya akan menyertai semula Umno selepas Pak Lah berundur. Ternyata Dr Mahathir berjaya mengertak Pak Lah.

Hari ini fenomena itu berulang kembali. Kali ini giliran Najib. Mungkinkah sekali lagi Dr. Mahathir akan menghantar surat keluar Umno buat kali kedua. Rakyat tunggu episod lama berulang.

Dr Mahathir juga pernah dipecat Tunku Abdul Rahman kerana mengkritiknya. Pada saat itu Dr. Mahathir bertenggek seketika di pentas PAS.

Dan ketika jerayawara mengguling Pak Lah, Dr Mahathir memilih Kelantan antara lokasinya. Dewan sebuah hotel di tepi Sungai Kelantan penuh sesak dengan kehadiran penyokong PAS dan Umno.

Najib sekarang dilihat semakin rapat menjejaki Pak Lah. Ramai masih ingat ketika Najib menggantikan Pak Lah di kerusi menteri perdana, beliau pernah memberi amaran ‘Umno akan rebah jika tidak berubah’.

Apakah Umno sudah benar-benar berubah. Ternyata Najib berjaya mencipta perubahan besar dengan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Najib juga mencipta kegemilangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 1MDB diperkasa daripada sayap pelaburan kerajaan Terengganu.

Malangnya 1MDB dan GST membuatkan Najib sesak di dada. Selain asakan bertubi Dr. Mahathir, kedengaran juga suara-suara sumbang Tan Sri Zainuddin Maidin, Tun Daim Zainuddin, Datuk A Kadir Jasin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Peliknya kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli orang lain yang mengkritik Najib dan GST sudah merasai bermalam di Balai Polis.

“Ketika saya ditahan selepas himpunan Bantah GST 1 Mei lepas, tiga perkara yang menjadi minat polis.

“Polis kata kerana berucap menghentam GST, Najib dan Rosmah. Baiklah malam ini saya tidak mahu mencari pasal lagi dengan polis.

“Saya akan sebut Najib perdana menteri paling bijak kerana memperkenalkan GST yang dirasai semua golongan rakyat. Sedangkan sebelum ini cukai hanya dibayar golongan kaya sahaja,” katanya pada ceramah Kukuhkan Pakatan Rakyat Hancur Barisan Nasional di Padang Perdana malam tadi.

Rafizi juga mendakwa Najib paling bijak apabila membeli kapal terbang terpakai dengan harga lebih RM400 juta.

Kemudian diubahsuai pula dengan kos RM28 juta.

“Di dunia ini hanya ada dua sahaja syarikat yang membuat kapalterbang iaitu Boeing dan Airbus. Jet yang dibeli Najib kalau dibeli baru hanya sekitar RM200 juta sahaja.

“Saya semak jet terpakai yang dibeli perdana menteri itu dari mana. Ooo rupa-rupanya daripada keluarga besannya di Kazakhstan,” dakwa Rafizi.

Perubahan yang dicipta Perdana Menteri terbukti lagi apabila Lembaga Tabung Haji membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB pada harga RM2,773 sekaki persegi.

Sedangkan 1MDB dilapor membeli tanah itu daripada kerajaan empat tahun lalu dengan hanya RM64 kaki persegi.

TH terpaksa mengorbankan RM188.5 juta untuk membeli tanah seluas 1.56 ekar. Ternyata isu Tabung Haji menggandakan lagi gusar perdana menteri selepas dibelit raksasa GST.

Kesian Najib dan Rosmah dipaksa Dr Mahathir menghitung hari. – 


HARAKAHDAILY 12/5/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.