Followers

Wednesday, May 13, 2015

'Kami tolong PM, tapi dia kena perbetul 1MDB'



Seorang pemimpin Umno mendedahkan bahawa anggota Majlis Tertingi (MT) semalam menyatakan kebimbangan terhadap kontroversi 1MDB dan isu pembelian tanah syarikat itu oleh Tabung Haji.

“Kami sokong perdana menteri, tetapi kami juga mahu beliau menyelesaikan masalah dalam 1MDB,” kata Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

“Kami beri pandangan kepada bos supaya dana awam tidak digunakan untuk 1MDB.

“Kebanyakan kami juga tidak setuju Tabung Haji beli tanah (daripada 1MDB) kerana ia dorong tanggapan buruk terhadap kerajaan dan wang haji.

“Bagaimanapun oleh kerana Tabung Haji setuju jual tanah itu, isunya telah selesai,” katanya kepada Malaysiakini.

Anggota MT dan timbalan menteri itu juga berkata tiada pertengkaran dan perbincangan berjalan dengan baik.

“Suasananya bagus. Kamu tidak bolehlah harap kami diam membisu sepanjang mesyuarat, kamu suarakan pandangan dan cadangan,” tambahnya.

Tajuddin juga melihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menentang 1MDB.

“Muhyiddin juga mahu 1MDB berjaya,” katanya.

“Tiada siapa tentang 1MDB, kami tidak tolak 1MDB. Kami mahu GLC (syarikat berkaitan kerajaan) cemerlang.

”Kami mahu perkara ini selesai segera,tetapi kami tidak beri tarikh akhir,” katanya.


Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.