Followers

Wednesday, May 13, 2015

NAJIB BOLEH!! TABUNG HAJI BOLEH!!

The Star melaporkan pada 11 Mei yang perjanjian di antara Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan dana pencen kerajaan membayar kurang 15% daripada jumlah perjanjian yang dilakukan oleh TH.

KWAP merancang untuk membeli sebidang tanah dan bangunan sebagai ibu pejabat barunya di projek TRX di Pusat Bandar Kuala Lumpur. KWAP akan membayar antara RM1 bilion dan RM 1.2 bilion untuk tanah tersebut dan bangunan setinggi 40 tingkat di tapak tersebut.

Sumber dipetik, sebagai berkata yang tanah itu dibeli pada harga RM2,300 per kaki persegi.

Dikatakan yang perjanjian pembelian sudah ditandatangani di antara KWAP dan 1MDB, yang memilik TRX.

“Antara kandungan perjanjian tersebut ialah perjanjian sebelum jualan dan belian (S&P). Syarat perjanjian juga ketat dimana KWAP hanya membayar hanya 10 peratus sahaja dan bayaran selebihnya selepas bangunan itu disiapkan,” kata satu sumber yang tidak dinamakan.

Keputusan TH untuk membayar 1MDB RM188.5 juta, atau RM 2,774 kaki persegi untuk 0.64 hektar tanah yang bertujuan untuk pembinaan bangunan kediaman telah menyebabkan kemarahan pendepositnya.

Kemarahan kepada kesanggupan TH untuk membayar lebih daripada sepatutnya daripada apa yang dibayar oleh 1MDB iaitu pada harga RM 64 kaki persegi apabila ia mula-mula membeli tanah tersebut daripada kerajaan.

Kritikan lantang daripada pelbagai pihakpolitik dan organisasi Muslim telah memaksa Perdana Menteri Najib Razak, yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, untuk menasihati TH untuk menjual tanah tersebut secepat mungkin.

Kini, terdapat persoalan yang wujud dalam kalangan pembeli hartanah.

Sekiranya KWAP mampu membeli bidang tanah TRX sehingga lebih 15 peratus lebih murah daripada yang dibeli TH, kenapa perlu sesiapa yang lain untuk membelinya dengan harga yang tinggi daripada TH?

Apa yang perlu diberikan perhatian adakah benar TH mampu menjual tanah TRX untuk nilai jualan lebih daripada RM 188.5 juta? Benar-benar tak tercapai akal jika benar terdapat pembeli yang mahu membayar lebih untuk bidang tanah tersebut sedangkan mereka mampu membelinya pada harga yang lebih rendah.


(Kredit to: Sdr Ng Kee Seng)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.